Friday, 6 January 2012

Sifat Yang mesti Ada Pada Sahabat Kita

Assalamu'alaikum warahmatullah..
Tajuk yg diambil sempena post kali ini dipetik dpd buku yang berjudul 'Jalan Orang-orang Soleh', nukilan Ibnu Al-Maqdisi, Jasmin Interprise.. Buku ini dibaca dan dicatat ketika berada di PSP MRSM AG yang dirindui.

Image Detail

"Perbanyakkanlah kawan, kerana setiap orang mukmin itu mempunyai syafaat" 
(Ulama Salaf)

Sifat yang mesti ada pada sahabat:
- Berakal 
     *tahu segala sesuatu sesuai dgn ilmunya
     *terdapat manfaat dpd dirinya, atau keterangan yg disampaikan
- Akhlak yang baik
     * x dikuasai amarah dan nafsu
- Bukan orang yang fasik
     *yakni orang yg tak takutkan Allah S.W.T.
- Bukan orang yang bid'ah
     *Umar al-Khattab r.a., "Hendaklah kamu mencari rakan-rakan yang jujur, nescaya engkau akan berasa selamat di dalam perlindungannya. Mereka merupakan hiasan ketika kamu gembira dan hiburan saat berduka. Letakkan urusan saudaramu pada tempat yang paling baik, sehingga dia datang kepadamu untuk mengambil apa yang diamanahkan kepadamu. Hindarilah musuhmu dan waspadailah kawanmu kecuali orang yang dapat dipercaya. Tidak ada orang yang dapat dipercayai kecuali orang yang takut kepada Allah S.W.T.. Janganlah engkau bersahabat dengan orang yang keji, kerana engkau dapat belajar daripada kefasikannya. Jangan engkau ceritakan rahsiamu kepadanya dan mintalah pendapat didalam menghadapi masalahmu kepada orang-orang yang takut kepada Allah."
- Yahya bin Muad'z , "Seburuk-buruk teman adalah apabila kamu masih perlu berkata kepadanya: 'sebutlah namaku dalam doamu', engkau hidup bersamanya dalam persekitaran yang tak menentu dan kamu masih perlu memberikan banyak alasan kepadanya."
- Tidak tamak haloba terhadap dunia
Image Detail


# Mardhotillah, 10/11

2 comments:

  1. Assalammualaikum wbt..
    permulaan yg baik..harap kita dapat menjadi sahabat yg saling memberi manfaat..ana t'haru dan gembira dgn silaturrahim anggota Badar kita ini..alhamdulillah moga dri hari kr hri semakin erat..tahniah ats usaha adik2 yg t'libat..jzkllh

    ReplyDelete