Kaifa halkum?
Insya-Allah, post pada kali ini, ana mewakili BADAR 10/11 ingin mengongsikan pengisian yang kami dapati dalam salah satu daripada slot yang kami hadiri semasa Kem BADAR 2011 yang berlangsung pada 1/12/2011 - 2/12/2011 di Port Dickson.
Sebelum itu, kem ini bertemakan; "Ruhban Fil Lail Wa Fursan Fin Nahar" yang bermaksud 'Rahib di Malam Hari dan Pahlawan di Siang Hari'.
Syabab Yang Kita Mahu (oleh Ustazah Afizah - ISMA)
- Berfikir tentang ummah melebihi diri sendiri
- Memahami deen yang syumul
- Menceritakan hakikat Islam dengan jelas
- Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali)
- Menjadi Qudwah Hasanah
- Menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah rujukan utama (manhaj hidup)
- Hendaklah melepaskan dari sebarang fahaman lain selain Islam (tajarrud)
- Hendaklah menguntukkan seluruh tenaga dan masa untuk aqidah ini
- Berjuang terus hingga mati
Slogan Kita
"Allah matlamat - Rasul ikutan - Quran perlembagaan - Jihad jalan - Mati Syahid cita-cita tertinggi"

Titik Kekuatan
- Iman (8:05)
- Ukhuwwwah (8:46)
- Zahir (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan...)
* Kita akan capai antara dua kebaikan : Menang / Syahid

#Mardhotillah, 10/11
No comments:
Post a Comment