Sabda Rasulullah SAW, maksud nya; 'Dunia merupakan suatu keseronokan (kenikmatan dan kebahagian).Sebaik-baik keseronokan (kenikmatan dan kebahagian ) ialah wanita solehah'-<riwayat Muslim>..
Assalamualaikum.....saudara seislam ku.....seimpian dgn ku utk bergelar SYAHID.....ALLAHUAKHBAR!!!!!
Menurut riwayat hadis, bahawa Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Adam sendiri.Sabda Nabi SAW,maksudnya;'....baik-baiklah kamu berpesan (mendidik) wanita, kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok.Kalau kamu lakukan(didik) secara kasar ( paksaan),pasti mereka akan patah.Sebaliknya jika kamu biarkan (tidak mendidik), maka mereka akn terus bengkok.Kerana itu didiklah mereka secara lemah lembut....'-(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mengingatkan kejadian wanita daripada tulang rusuk yang bengkok dan mudah patah kalau berkasar,oleh itu dalam memimpin dan mendidik wanita, ALLAH dan RASULnya mengingatkan kepada kaum lelaki agar mendidik mereka dengan lemah lembut dan dengan penuh kasih sayang.
Firman ALLAH;
Maksudnya;'....bergaullah dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik.Sekiranya kamu mendapati ada sifat dan perangai yang kamu tidak suka,mungkin di sebaliknya mempunyai kebaikan (hikmah) yang banyak'-(Surah An Nisa' ayat 19)
Sabda Nabi SAW.maksudnya;'Tanda sempurna iman seseorang kamu ialah yang terbaik akhlak.Sebaik-baik akhlak seseorang lelaki itu ialah yang terbaik akhlak terhadap isterinya'-(Riwayat At Tarmizi)
Saudara ku;
"lihatlah, betapa kasih sayang nya ALLAH dan Rasul NYA terhadap kaum wanita atau kaum hawa....'
Ainol mardhiah..pemilik cinta setelah allah dan rasul...mak dan ayah ku..
No comments:
Post a Comment